Perihal Blog


Blog Merantau ini pada awalnya dibangunkan untuk perkongsian ilmu dan pengetahuan si penulis (pada ketika itu pensyarah) dengan pelajar-pelajarnya. Bermula dengan penulisan sederhana dimana penulis mencuba untuk meneroka suatu ruang dan bentuk pengetahuan atau keilmuan yang dibahas  dan dikembangkan berdasarkan pengalaman dan perspektif penulis. Kini, Blog Merantau telah mengalami transformasi dari sudut gaya persembahan dan penulisannya. Oleh itu, apa yang ingin dimanifestasikan melalui blog ini adalah :

1. Merantau dengan membaca dan memerhati alam pemikiran dan jiwa mahupun segala apa yang terdapat di atas bumi yang terbentang luas ini. Berpijak pada isu, permasalahan dan realiti hidup dan berkehidupan yang dihadapi  umat manusia pada hari semalam, hari ini atau juga esok.

2. Orang yang dijadikan titik  fokus dan sudut pandang dalam mengupas setiap kejadian yang berlaku adalah disebabkan oleh faktor penyebab iaitu aktor-aktor yang berada dalam lingkarannya.

3. Bahasa sebagai kaedah atau metod bagaimana sesesuatu keilmuan itu mampu untuk dikembangkan. Oleh itu , blog ini sedaya upaya menjadi lapangan perkongsian dan perkembangan ilmu, pengetahuan dan teknik kepada sesiapa yang berminat atau mahu menjadi sebahagian dari    penyumbang kepada Blog Merantau. 


zaabafarisi@gmail.com



Berikan Komen