Andai benar apa yg dikata,
cinta Rabb itu melebihi segalanya
mengapa kitab-Nya tidak dibaca
jauh sekali untuk mengamalkannya..

Andai sungguh apa yg dikata
rindu Rasul itu tiada taranya
mengapa perjuangannya tidak dibela
jauh sekali untuk mempertahankannya..



Andai yakin apa yang dikata
dalam Solat itu punya saff dan makmumnya
mengapa seruan Imam (ketua) tidak dirasa
jauh sekali untuk taat dan berjuang bersamanya..


Andai tetap apa yang dikata
kepada Agama masuk keseluruhannya
mengapa hukum dipilih yang tidak sempurna
jauh sekali untuk konsisten dalam menegakkannya..

Andai mutlak apa yang dikata
ke arah Syurga itu matlamat akhirnya
mengapa bukan berada dijalan menuju ke sana
jauh sekali untuk mengajak manusia bersama-samanya..
kerana itu, janganlah juga dihalang manusia untuk ke neraka.

-aku yang berharap, berdoa dan beristiqomah-

Berikan Komen