Emak..
Untuk kasih sayangmu yang tidak pernah usang,
Tulus cintamu takkan mampu untuk kubalas..
Kasihsayangku bukan hanya dimulut semata,
Tetapi ku abadikan didalam setiap langkah dan perbuatanku..

Seorang lelaki datang kepada Rasullullah s.a.w dan berkata “ Wahai Rasullullah, saya ingin berjihad menegakkan agama Allah. “ Rasullullah bertanya: “ Apakah ibumu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya”. Rasullullah s.a.w bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat at-Thabrani)


“ Apa sahaja panggilannya, emak sebagai hamba Allah adalah penyataan mulia yang mengandung nilai tinggi dan bernilai luhur, tidak dapat diukur hanya sekadar dunia dan seisinya, terangkat ketempat yang indah dan mulia. Begitulah panggilan sayangku yang telah dikandungnya dan mempertaruhkan hidup demi aku yang dikasihinya..Wanita yang akan terbangun kerana tangisku. Wanita yang setiap saat selalu mengkhawatirkanku..Wanita yang memperjuangkan hidup matinya hanya untuk melihat aku bahagia dan berjaya..Wanita yang berada disisiku di saat aku membesar.Wanita yang setia mendengar keluh kesahku. Wanita yang bahunya selalu tersandar kesedihan dan deritaku. Wanita yang seorang diri mendidikku.. Seorang diri, ya seorang diri. Abah yang telah lama pulang ke Rahmatullah ketika aku dan adik-adikku masih dibangku sekolah. Dan hingga saat ini, dia tak pernah terfikir untuk mencari pengganti abah..”

“Kasih sayang emak tak pernah berbelah bahagi untuk anak-anak emak” 

Kalimat ini yang sering diucapkan mak ketika dia mengenangkan hal anak-anaknya. Kalimat itu juga yang membuatku bertahan dan terus ingin menjaga dan berbakti kepadanya, kerana hari ini aku hanya mempunyai satu orang tua. Dan kalimat itu juga yang membuatku untuk mempertahankan dirinya sehingga akhir hayatnya. Emaklah sanubari hatiku. Barangkali telah ditakdirkan untukku untuk berada disisinya bersama-sama merasai bebanan disaat dirinya dilanda ujian kesakitan dan cabaran kehidupan..Tenang dan sabarlah wahai ibuku dalam melayari kehidupan yang sementara ini..Janji Allah itu pasti hadir untuk mereka yang taat dan taqwa kepada Nya..dan anakmu ini akan terus menyokong, melindungi dan mempertahankanmu sehingga akhir nafasmu..Semoga anak-anakku kelak akan menyayangi ibunya seperti mana ku tunjukkan kepada mereka perketi kasih sayang ini..


" Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.."  (Luqman : 14)

Satu Respon telah diberi.

Berikan Komen