Satu Hijriah : Melintasi Sirah Menuju Hijrah

Keputusan permesyuaratan dari kaum Quraisy di Darun Nadwah untuk membunuh Nabi Muhammad SAW sampai juga beritanya ke pengetahuan Baginda. Dan Nabi menunggu wahyu, bila seharusnya hijrah untuk menghadapi keputusan mereka yang sangat berbahaya. Akhirnya turun juga wahyu yang mewajibkan Nabi SAW segera berhijrah bersama-sama para sahabat dan umat Islam ke Yathrib. Suatu lembaran kisah mugmaharah (kisah keberanian menentang maut) hebat dan ngeri, kisah pengorbanan dan bermati-matian dalam membela keyakinan dan keberanian dalam mempertahankan iman dan akidah. Siasatan dan strategi Rasul itu sungguh jitu, lancar dan aman. Tanpa meninggalkan kesan dan tapak menyebabkan musuh-musuhnya yang siap sedia berbaris melingkari rumah untuk menangkap Rasul SAW menjadi sia-sia belaka. Rasul SAW telah tiada di rumah itu, entah ke mana perginya tidak ada seorang algojo pun yang mampu menentukan ke mana arah perginya Baginda sekalipun dijalankan perancangan dan penyiasatan awal bagi mengepung, menangkap dan membunuh Baginda.

Sebuah Puisi : Andai Benar..

Andai benar apa yg dikata,
cinta Rabb itu melebihi segalanya
mengapa kitab-Nya tidak dibaca
jauh sekali untuk mengamalkannya..

Andai sungguh apa yg dikata
rindu Rasul itu tiada taranya
mengapa perjuangannya tidak dibela
jauh sekali untuk mempertahankannya..

Merantau ke Kota Melayu Lama

Ada Apa Pada Jugra?


Jugra yang serba hijau dan banyak kekayaannya itu terletak di muara Sungai Langat, di hujung barat daya Kuala Langat, Selangor. Di kota itu arus dingin permukaan buminya mengalir sebuah sungai memasuki selat Melaka yang jaraknya beberapa batu dari tempat itu. Menurut pengkaji sejarah, Sultan Abdul Samad membangun kota tersebut dari tahun 1859 hingga 1898. Bagi yang melintasinya, Jugra memiliki sebuah bukit yang tersergam indah yang dahulunya pernah dijadikan tempat bersemayam keluarga dan kerabat Sultan, yakni bukit yang dikenal sebagai Bukit Jugra. Di puncak Bukit Jugra itu telah dibina sebuah Rumah Api bagi membantu ahli pelayaran berlabuh ke kota itu dengan selamat terutamanya pada waktu malam. Jugra merupakan titik geografis yang utama dalam mencorakkan ekonomi negeri Selangor ketika itu dimana hasil bumi seperti bijih timah dibawa keluar dari Sungai Langat dan Jugra adalah tempat membayar cukainya. Barangkali Jugra dahulunya sebuah kota antarabangsa yang wataknya dijadikan sebagai arus lalu lintas utama maritim di selat Melaka seperti pedagang dan prajurit, para tukang dan sarjana yang pulang-pergi membawa seribu hasrat dan tujuan kehidupan..

Coretan ringkas Hari Ibu : Emak dalam pandangan mata dan jiwaku..



Emak..
Untuk kasih sayangmu yang tidak pernah usang,
Tulus cintamu takkan mampu untuk kubalas..
Kasihsayangku bukan hanya dimulut semata,
Tetapi ku abadikan didalam setiap langkah dan perbuatanku..

Seorang lelaki datang kepada Rasullullah s.a.w dan berkata “ Wahai Rasullullah, saya ingin berjihad menegakkan agama Allah. “ Rasullullah bertanya: “ Apakah ibumu masih hidup?” Orang itu menjawab: “Ya”. Rasullullah s.a.w bersabda. “Tetaplah engkau berada dekat di kaki ibumu itu, di sanalah syurga berada.” (Riwayat at-Thabrani)

Kembali ke pohon asal

Pada waktu itu, di tempat bernama Syahadah, kelihatan seorang lelaki berjalan menghala ke sebatang pohon yang besar tetapi rendang. Pada waktu itu, sekumpulan manusia yang sedang berteduh dipohon lain yang hampir rebah ke tanah  memandang lelaki itu dengan seribu pertanyaan dan kekeliruan. Tidak tergambar betapa gerunnya keadaan manusia-manusia itu yang sanggup berhimpit-himpit, bergaduh dan menyalahkan antara satu sama lain. Bukan hanya sebatang pohon yang berkeadaan begitu, malah tidak terbilang banyaknya pohon-pohon yang telah rosak, kering dan hampir mati tetapi dikerumi oleh manusia dari pelbagai bahasa dan rupa yang mahu terus berlindung di bawah pohon yang tidak nampak lagi manfaatnya. Aneh. 

Sebelum itu mereka yang kesemuanya berasal dari tempat yang bernama Rahiim adalah manusia yang suci bersih dirinya. Seumpama kain putih yang tidak terlekat oleh kotoran atau warna-warna ideologi yang tercemar. Masing-masing memikul amanah dan tujuan yang sama iaitu mahu mengikut  perintah Tuhan untuk berhijrah dan membina kehidupan di bawah satu-satunya pohon dari syurga yang masih hidup subur di bumi Syahadah itu. Al-kisah pohon itu telah ditanam oleh seorang utusan dari Malakut yang sangat indah negerinya. Tunasnya pula dikurniakan oleh Sang Raja bersinggahsana di Mustawan lalu menjadikan pohon itu sangat kuat, besar dan tegak lurus serta tidak dapat disentuh oleh perubahan ruang, masa dan zaman. Begitulah sifatnya pohon yang dinamakan Tauhid itu yang memiliki akar yang teguh dan cabangnya langsung mekar menjulang ke langit.