Kebudayaan pada dasarnya adalah cara hidup sesuatu kelompok manusia, tetapi apabila ianya di lihat daripada perspektif tertentu (politik, misalnya) dan diberikan erti yang tertentu pula (untuk memberi identiti pelbagai kelompok) maka ia menjadi persoalan yang boleh meruncingkan terhadap kehidupan manusia.Kebudayaan seringkali dijadikan simbol untuk menggembelingkan tenaga bagi menegakkan sesuatu fahaman atau pergerakan.Generasi kini barangkali masih belum dapat memahami dengan jelas apa yang dikatakan kebudayaan kerana ianya bukan hanya berkisar tentang tarian dan nyanyian, tidak juga tentang pakaian dan hiasan. Ia merangkumi semua aspek kehidupan iaitu bahasa, bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan kita bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara itu sendiri.

Malayu itu penuh dengan kebudayaannya.Dalam mempertahankan kebudayaannya, Malayu itu sudah diikat kuat dengan Islamnya.Malayu dan Islam sebagai agamanya tidak berpisah dan tidak dapat dipisahkan. Ertinya, orang Malayu yang menukar kepercayaannya (Islam) akan tercabut dari akar bangsanya (Malayu).Teori Malayu dari sudut pandang Anthropology Barat atau Bahasa Sangskrit, Hindu merupakan kekeliruan yang berakibat fatal serta jauh dari kebenaran. Maka berdasarkan fakta “Malayu tidak dapat dipisahkan dari Islam kita fahami akan makna Malayu." 

Penamaan Malayu yang menunjukan bangsa, bahasa dan negara diduga berasal dari bangsa Arab di zaman kegemilangan Islam Bagdad. Kemungkinan ianya berasal dari kata “MALA’MIYAH (mim, lam, hamzah, mim, yaa, alif dan ha) dan perubahan berlaku dalam menuturkannya menjadi “MALAMIYAH” dimana huruf hamzah berubah menjadi huruf alif. Seterusnya mim kedua turut sirna. Mumkin disebabkan sukar dalam penyebutan dan menjadi “MALAYAH” dan diperingkat selanjutnya huruf ha di akhir kata juga tanggal tidak berbunyi lagi, maka jadilah sebutannya “MALAYA” dan “MALAYU.Mala’miyah tersusun dari dua kata. Pertama “MALA’ “ (mim lam, dan huruf hamzah) bermakna; Penguasa, Petinggi dan Pentadbir. Dan kedua kata “MIYAH” bermakna air. Kalau dapat kita sepakati , maka erti kata “MALA’MIYAH” merujuk dalam erti kata Penguasa, Petinggi, Pentadbir Air. Itulah makna Malayu dari sudut teori bahasa agamanya.

Ini jelas menunjukan kemahiran mereka dalam pelayaran sungai maupun lautan, yang bergantung dengan pengetahuan arus air, kelajuan angin dan ilmu falaknya. Sebagaimana mereka digelarkan “Pentadbir air” (Malayu) terserlah juga di daratan. Dapat kita saksikan bagaimana mereka menyusun sawah bertingkat-tingkat di perbukitan dan bendang yang luas di dataran yang berkait erat dengan system tali air (irrigation). Begitu juga dalam usaha mereka merubah tanah rawa-rawa menjadi perladangan dan perkebunan. Semua itu sememangnya sesuai dengan gelaran yang mereka sandang. Dan satu perkara yang tidak dapat dinafikan dunia. Ialah usaha yang disumbangan Malayu pada masyarakat dunia. Ialah disusunnya Kitab undang-undang laut yang dikenal sebagai Kitab Kanun Laut Malaka.

Mereka yang dikenal dan dipanggil bangsa Malayu, ialah mereka yang beragama Islam (beradat-resam Malayu) dan sebahagian besarnya berada di kepulauan Nusantara. Lebih spesifik lagi bangsa ini terdiri dari suku kaum Banjar, Minangkabau, Jawa, Bugis, atau keturunan Arab, Parsi, Turki dan sebagainya serta menggunakan bahasa Malayu dalam pertuturan sehariannya.Keunikan bahasa ini dapat kita jumpai dalam adunan bahasa Arab (bahasa Agama mereka) dan bahasa Parsi serta bahasa-bahasa yang berasal dari suku kaum yang sedia ada. Disisi lain bangsa, bahasa Malayu juga digunakan sebagai pembeza dalam kepercayaan. Misalnya orang asli; kaum Dayak, Kubu dan lainnya. Mereka sememangnya tidak disebut sebagai Malayu.

Bangsa ini telah pernah mencapai puncak kejayaannya. Tamadunnya diiktiraf dunia, khususnya dunia Islam. Dan peninggalannya dapat ditelusuri dalam bidang sastra dan ilmu pengetahuan. Misalnya Gurindam, syair ruba’i dan kitab-kitab agama.Adapun dalam bidang bangunan kota, kubu atau bandar sukar bagi kita menjejaki peninggalannya. Ini disebabkan mereka membangun Bandar, kota berhampiran sungai, muara atau pesisir pantai. Pepatah Malayu mengatakan “Sekali ombak pasang, sekali pantai berubah” atau “Kalau takut di lambung ombak jangan berumah (berkota) di tepi pantai”. Oleh sebab itu memang sukar menemukan peninggalan arsitektur bangunan Bandar Malayu klasik.

Dari sudut bahasa pula, Bahasa Malayu merupakan bahasa pertuturan yang luas digunakan. Tidak kurang dari 500 juta jiwa. Ini dapat dibuktikan dari Negara-negara yang saat ini menggunakan bahasa tersebut. Misalnya; Malaysia, Brunai Darussalam, Indonesia, Singapura. Manakala dahulu, dizaman kegemilangannya, bahasa Malayu merupakan bahasa persuratan dan penulisan kitab-kitab Agama. Ini dapat kita saksikan dari banyaknya kitab-kitab lama di bidang Tafsir, terjamahan Al-Quran dalam bahasa Malayu. Dan tidak kurang juga tulisan dalam bidang Fiqh, perundangan Islam serta Ilmu Tauhid dan Tasawwufnya. Baik dalam bentuk terjamahan atau karangan asli anak watannya. Seperti: Abdus Samad al-Falembangi, Imam Nawawi al-Bantani, Hamzah al-Fansuri dan lain-lainnya. Oleh kerana bahasa adalah satu ciri budaya yang penting kerana ia adalah kaedah atau cara orang Malayu menyimpan data-datanya dalam memapankan budaya Malayu itu sendiri hingga ke detik ini.

Jauh ke timur di Asia Tenggara Islam dan peradabannya Sebagaimana bahasanya bangsa Malayu pun merupakan adonan dari berbagai bangsa besar dunia Islam ketika itu. Bangsa Arab, Turki, Parsi dan Muslim Hindustan berbaur dengan perkahwinan dengan orang tempatan telah melahirkan satu bangsa Malayu dengan bahasa dan adat-resam Malayu serta Kesultanan Malayunya. Dan tidak keliru kalau disebut , bangsa Malayu anak (menurut istilah ilmu nasab) kepada bangsa Arab yang terlahir sebab agama Islam.

Dalam perjalanan panjang sejarah, jatuh bangunan Kesultanan Malayu di Asia Tenggara. Terusirnya penjajahan dari bumi mereka, maka terbitlah fajar kemerdekaan, dengan ditandai lahirlah suatu bangsa, bahasa dan negara baru di nusantara, iaitu Indonesia. Kalau kita gunakan istilah ilmu nasab. Indonesia merupakan cucu kepada bangsa Arab dan anak kepada bangsa Malayu. Ianya lahir dari Bangsa Malayu, bahasanya berasal dari bahasa Malayu. Inilah bangsa dan bahasa termuda yang wujud di abad ke 20. Hanya saja berbezaan dengan asal bangsanya (Malayu), tidak menjadikan Islam dan adat-resamnya dalam kehidupan mereka.


Al-Fatihah buat Ilmuwan Malayu,
Allahyarham Wan Burhanuddin Wan Abidin,
kembali ke rahmatullah pada
20 Syaaban 1432H bersamaan 21 Julai 2011

Berikan Komen