Oleh Unknown dalam kategori
pada
-
Ke Arah 17 Ramadhan 2H
Telah terjadi suatu pelanggaran prinsip dari kaum kafir Quraisy, iaitu perampasan hak kemerdekaan dalam beragama. Berdasarkan informasi tersebut Rasulullah SAW menginstruksikan inteligen untuk memantau di persekitaran Makkah. Ada di antaranya juga yang menuju ke Nakhlah iaitu pusat ekonomi yang menjadi tapak tumpuan hidup orang Makkah. Dalam pemantauan itu, telah berlaku satu pertempuran melawan orang-orang Quraisy. Hasilnya, seorang Quraisy telah terbunuh dan dua orang musuh dapat di tawan, lain-lainnya termasuk unta dibawa ke Madinah untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW. Manakala pada pihak Islam pula, dua orang Muslim (bukan dari pasukan inteligen) telah di tawan oleh pihak musuh.
Telah terjadi suatu pelanggaran prinsip dari kaum kafir Quraisy, iaitu perampasan hak kemerdekaan dalam beragama. Berdasarkan informasi tersebut Rasulullah SAW menginstruksikan inteligen untuk memantau di persekitaran Makkah. Ada di antaranya juga yang menuju ke Nakhlah iaitu pusat ekonomi yang menjadi tapak tumpuan hidup orang Makkah. Dalam pemantauan itu, telah berlaku satu pertempuran melawan orang-orang Quraisy. Hasilnya, seorang Quraisy telah terbunuh dan dua orang musuh dapat di tawan, lain-lainnya termasuk unta dibawa ke Madinah untuk disampaikan kepada Rasulullah SAW. Manakala pada pihak Islam pula, dua orang Muslim (bukan dari pasukan inteligen) telah di tawan oleh pihak musuh.
Kejadian inilah yang merupakan alasan awal kepada tercetusnya Perang Badar di mana kaum kafir Quraisy masih terus menyimpan kebencian dan berdendam melihat perkembangan Islam yang semakin hari menunjukkan hasil yang menakjubkan, khususnya dalam pendakwahan umat. Kebencian kafir Quraisy ini diterjemahkan dalam segala bentuk perjalanan hidup di antaranya umat Islam di keji dan di hina, di bunuh, harta benda di rampas, dan yang paling keterlaluan adalah di rampas hak kemerdekaan beragama.
Para sahabat semakin yakin akan pertolongan Allah SWT. Kerana Allah, mereka bersemangat untuk bekerja dengan sepenuh jiwa dan raga dengan wajah yang senantiasa berseri-seri, kendati pun soal-soal kehidupan berumah tangga belum lagi sempurna; lebih-lebih lagi apabila Rasululah SAW membantu menambah keyakinan mereka. Maka seluruh kondisi dan situasi umat turut sama berubah, ke tingkat akidah yang tinggi dan konkrit (kuat), kepada berubahnya mental spiritual dan fisik-material, kepada tingkat mujahid/mujahidah pada proporsi yang luhur dan tidak akan terkalah oleh pengaruh apa pun, walau secanggih mana sekali pun kebendaan yang terhidang di depan mata. Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda (di antara sabdanya yang penting) iaitu :
Pertama : Iman akan terkumpul di Madinah seperti ular kembali ke liangnya.
Kedua: Negeri Madinah ini membersihkan manusia seperti pam air tukang besi membersihkan besi.
Ketiga: Bahasa Dajjal tidak akan sampai ke Madinah, ia mempunyai tujuh pintu, pada tiap-tiap pintu, ada dua malaikat.
Riwayat Sahih Bukhari.
Dalam pada kondisi dan situasi itu, Abu Sufyan sebagai komandan berangkat ke Syria membawa barang dagangan yang cukup besar dengan tujuan supaya hasilnya dapat digunakan untuk membiayai keperluan hidup mereka dan untuk membiayai keperluan sarana dan prasarana peralatan perang bagi melawan pihak Islam. Dikhabarkan kaum kafir Quraisy telah bersiap sedia untuk memulakan peperangan dengan suatu siasatan bagi menjatuhkan mental lawannya.
Dari persiapan pihak pasukan Islam pula, bahawasanya Rasulullah SAW dalam segala urusan dan secara horizontal umat selalu mendahulukan musyawarah (perbincangan) dengan para sahabat baginda, khususnya dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Satu ketika, Rasulullah bertanya kepada kedua-duanya tentang pemikiran dan pendapat mereka. Sahabat-sahabat yang baik itu menjawab, “setuju untuk bertempur terus.” Dalam situasi sebegini tidaklah asing bagi kedua-dua sahabat tersebut. Setelah mendengar pemikiran kedua-duanya tadi, maka bangunlah pula salah seorang sahabat yang bernama Al-Miqdad bin Amru, lalu memberikan buah pemikirannya iaitu :
“Ya Rasulullah, teruskan apa yang telah diperlihatkan Allah kepada Tuan, kami akan setia bersama tuan, kami tidak akan berkata seperti berkata Bani Israil kepada Nabi Musa, ‘Pergilah tuan bersama Tuhan, berperanglah di sana', tetapi kami akan mengatakan kepada Tuan, ‘pergilah Tuan bersama Tuhan dan kami akan ikut bertempur bersama tuan-tuan berdua'.
Mendengar kata-kata dari Al-Miqdad tersebut, terdiamlah semua hadirin, kerana masing-masing asyik mempelajari apa yang telah didengarkan kepada mereka.Selanjutnya Rasulullah meminta perhatian untuk mendengar pula pemikiran daripada sahabat-sahabat Ansar dan majulah salah seorang pemuda mereka yang bernama Sa'ad bin Mu'az. Menghadap Rasulullah SAW, seraya berkata, “Seolah-olah Tuan telah menunjukkan perkataan tersebut kepada kami, ya Rasulullah.” “Ya benar” jawab kekasih Allah. Mendengar penyataan Rasullullah itu berkatalah Sa'ad bin Mu'az..
“Demi Allah, sesungguhnya kami telah mempercayai Tuan, membenarkan Tuan, dan telah meyakinkan sendiri bahawa apa yang Tuan bawa itu penuh dengan kebenaran. Untuk itu kami telah memberikan perjanjian ‘mendengar dan ta’at’; lakukanlah apa yang Tuan kehendaki. Demi Allah yang telah mengutus Tuan dengan kebenaran, kalau sekiranya Tuan bahawa kami menghadapi lautan dan Tuan harungi tentu kami akan turut mengharunginya bersama Tuan, tidak akan ada seorang juga yang akan terkecuali daripada kami. Kami telah siap untuk bertempur dengan musuh kami esok pagi. Kami adalah orang yang sabar (ulet) dalam peperangan, sungguh-sungguh (tidak akan mundur) apabila bertemu dengan musuh. Mudah-mu-dahan Allah akan memperlihatkan apa yang menyenangkan Tuan mengenai kami. Silakan bergerak dengan berkat Allah.”
Rasulullah SAW Mendirikan Pos Komando
Selanjutnya Rasulullah memerintahkan kepada sahabat-sahabat supaya mereka mendirikan suatu Pos Komando yang bakal digunakan dalam pertempuran. Pos Komando ini adalah sebuah bangunan yang dapat di bawa ke sana ke mari dan mampu untuk di pikul. Di beri nama sebagai Al-Arisy, ia perbuat daripada pohon tamar dan pelepahnya. Fungsinya Al-Arisy tersebut adalah sebagai tempat Rasulullah untuk memberikan komando.
Kaum kafir Quraisy akhirnya tidak sabar, mereka telah dikuasai oleh hawa nafsu dan amarah sepertimana watak panglima tertingginya sendiri, Abu Jahal. Pihak pasukan Islam belum ada gerak langkah untuk menyerang namun tempat-tempat strategis seperti tapak sumber mata air telah dikuasai oleh mereka.Para intelijen kafir Quraisy pula berhasil mengetahui maklumat mengenai jumlah pasukan tentera Islam dengan segala peralatannya. Melalui risikan, diketahui pasukan Islam adalah berjumlah 313 orang dengan kekuatan senjata yang tidak melebihi daripada pedang dan panah yang ada pada tangan dan bahu mereka. Berbanding pihak kafir Quraisy Makkah yang mempunyai banyak kelebihan melalui personel tentera dan peralatan perang mereka. Jumlah kekuatannya disiapkan dengan 1,000 orang tentera beserta tunggangan yang berjumlah 700 ekor unta dan 100 ekor kuda. Syahdan, semakin bertambahlah nafsu syaitan Abu Jahal yang selama ini takut seandainya di nilai penakut oleh kaumnya.
Begitulah semangatnya Abu Jahal yang tidak tertahan lagi dan beliau awal-awal telah mengambil tempat di sebelah selatan Badar.
Sambutan dari pihak Islam pula, ternyata begitu hebat dan istimewa jiwa mereka.. jiwa Allah dan Rasul, jiwa Islam, jiwa militer dengan segala kedisiplinan, keta’atan, sami'na wa atha’na yang tidak sedikit pun diragukan, apa lagi pihak komando yang selalu tepat dan cepat informasinya. Digunakan keseluruhannya segala taktik, strategi dan politik peperangan yang sudah siap diluncurkan sekiranya pihak kafir Quraisy datang menyerang.
Menurut riwayat, sebagai tanda datangnya keyakinan dan semangat yang berkobar-kobar pejuang Islam itu apabila mendengar dari apa yang telah dijanjikan Rasul iaitu pertolongan Allah kepada pasukan Islam. Maka di antara mereka ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah untuk kami kalau kami Syahid?” (suatu pertanyaan yang menggambarkan seberapa jauh perjuangan yang akan mereka bela untuk mempertahankan Diinillah yang Maha Esa ini). Pertanyaan itu dijawab Rasullullah dengan mengatakan :
“Syurga! Setitik darah yang tertumpah pada sabil (jalan) Allah; berkawal pada suatu malam, lebih baik daripada puasa serta sembahyang dua bulan. Siapa yang terbunuh pada jalan Allah ini, kesalahan-kesalahan akan ditutupi. Pada hari kiamat ia akan datang dengan luka yang warnanya warna darah dengan baunya bau minyak kasturi. Siapa yang kehilangan satu anggota akan diganti Allah dengan sayap Malaikat.”
Pasang kotak komen Facebook ini di Blog Anda dan berevolusi-lah bersama Grafikraf
Bahasa Orang Merantau
Zaaba Farisi
Siapa Penulis
Seorang yang sederhana dan minat dalam menerokai ilmu. Pendidikan akhir dalam sarjana seni bina (mapan) dan punya pengalaman mendidik pelajar universiti selama lebih empat tahun. Hari ini hanya menulis dan menyelidik sepenuh masa.