Assalammualaikum..
Banyak perkara yang bermain di fikiran penulis ketika ini.Lama meninggalkan ruang penulisan di dalam blog ini agaknya, jadi nak memulakan ayat mungkin sedikit janggal.Alasannya apa ? Cukuplah jika dikatakan waktu dan ruang yang belum mengizinkan. Ada perkara lain yang perlu didahulukan,jadi apa perkara pun jika sudah langsai dan hati telah tenang barulah sedap untuk menulis. Barangkali ada yang pernah mengikuti blog penulis yang tidak seberapa sebelum ini. Secara sederhana, penulis telah membuat sedikit perubahan dan penambahbaikkan. Niatnya jelas ingin membina sebuah blog yang ringkas, mudah dan paling utama ilmu dapat disampaikan. Iya, penulis bukanlah pakar yang dapat membahaskan pelbagai keilmuan. Namun jauh di sudut hati, penulis sekadar berusaha untuk memperkayakan pengetahuan dan memperkasakan bahasa dalam praktik bidang yang berlainan dengan menggunakan alas penulisan di blog ini. 


" Katakanlah: "Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)." (Surah Al-Kahfi:109)



Berapa banyaklah sangat ilmu yang Allah berikan pada penulis melainkan amat sedikit. Jika di umpamakan lautan yang terbentang luas itu, mungkin ilmu penulis ini bagaikan sebutir pasir dan jika dicampak ke dalamnya sama sekali tidak akan berubah rasa masinnya lautan itu.Oleh demikian, penulis tekad untuk belajar dan terus belajar bagi menambah ilmu dan meneroka alam yang penuh aneh dan misteri ini.Jika diperhatikan hari ini, tidak keterlaluan dikatakan masyarakat telah dikotakkan dengan hanya satu bidang ilmu berdasarkan jurusan yang telah di pilih dan di minati.Kesannya, apabila seseorang yang berpengetahuan dalam bidang kejuruteraan misalnya apabila di ajak berbincang dan memberikan pendapat untuk mengembangkan keilmuan berkenaan soal agama, sosial, ekonomi atau sejarah segelintirnya tidak dapat turut serta kerana tadi tidak berkemampuan dan kekurangan pengetahuan dalam bab yang nak dibincangkan.


Justeru, penulis mengajak tidak kira siapa pun jua untuk menambah bidang ilmu masing-masing dan tidak hanya memfokuskan kepada sa bidang yang di pelajari sejak sekian tahun lamanya. Metodnya mudah, mulalah dengan membaca dan terus membaca (buku, jurnal, majalah ilmiah) serta di hidup dan diperbanyakkan lagi ruang-ruang forum, perbincangan dan medan ilmu yang di buka bukan semata-mata untuk di kalangan akademik tetapi masyarakat secara keseluruhannya. Yakinlah, keilmuan di dalam diri masyarakat yang biasa tu adakalanya terdiri daripada pemikiran yang unik dan unggul tetapi hanya kerana mereka itu tidak  di beri dan letakkan di tempat atau ruang yang betul. Mudah-mudahan dapatlah dihidupkan kembali sejarah kebangkitan Islam yang dulunya dibawa oleh ilmuwan-ilmuwan Islam yang menguasai pelbagai bidang dan lapangan keilmuan. Pastinya, ilmuwan Islam dulu tidak  punya helaian sijil, diploma atau ijazah. Malah ilmunya bukan sahaja dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia tetapi di praktik dan dibukukan serta digunakan untuk rujukan generasi yang seterusnya. Persoalan pada diri, apakah ada sesuatu yang telah atau sedang diusahakan sebagai bahan bekalan untuk manfaat umat yang akan datang ?

Berikan Komen